Ekonomi Indonesia bertumbuh perlahan

Ekonomi Indonesia bertumbuh perlahan

JAKARTA, 5 Feb – Ekonomi Indonesia bertumbuh pada kadar paling perlahannya selama enam tahun pada 2015, data menunjukkan hari ini, tatkala ia dibelenggu harga komoditi yang merosot dan kemerosotan eksport ke pasaran utama termasuk China.

Ekonomi terbesar Asia Tenggara bertumbuh 4.79 peratus pada tahun lalu, kali pertama ia merosot di bawah lima peratus sejak 2009 pada kemuncak krisis kewangan global, dan kurang daripada sasaran kerajaan sebanyak tujuh peratus. Ia bertumbuh 5.02 peratus pada 2014.

Bagaimanapun, satu pertambahan dalam tempoh Oktober-Disember dengan pertumbuhan 5.04 peratus mengatasi jangkaan dan menambah harapan negara boleh meneruskan tahun 2016 tatkala Presiden Joko Widodo memperkenalkan langkah-langkah perangsang ekonomi.

“Tidak adanya peningkatan pada suku keempat, maka kami berharap pertumbuhan akan bertambah pada masa depan, terutamanya pada tahun ini,” kata ketua Agensi Statistik, Suryamin, yang menggunakan satu nama.

Dengan ekonomi global mengalami kemelesetan teruk, paling mengejutkan di China, permintaan untuk eksport utama negara arang batu dan minyak kelapa sawit merosot, sekali gus menjejas pendapatan.

Krisis itu mendorong Widodo, dikenali sebagai Jokowi, memperkenalkan beberapa siri langkah untuk mengeluarkan ekonomi termasuk satu kempen untuk menarik pelaburan asing, mempertingkat projek infrastruktur dan memperkenalkan pembaharuan birokratik.

Pada bulan lalu, bank pusat mengurangkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas untuk kali pertama sejak Februari 2015, dengan petanda pemotongan seterusnya mungkin dilakukan pada masa depan. Kementerian kewangan telah menyasarkan pertumbuhan sebanyak 5.3 peratus pada tahun ini. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA