Ekonomi Malaysia bakal berdepan operasi mencabar

Ekonomi Malaysia bakal berdepan operasi mencabar

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) – Ekonomi Malaysia yang mencatatkan pertumbuhan 5.0 peratus pada 2015, dijangka berdepan persekitaran operasi mencabar dalam tempoh terdekat, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

“Risiko pertumbuhan lemah, bagaimanapun kekal, memandangkan keadaan tidak menentu berterusan dalam persekitaran luaran dan pembaharuan berterusan dalam ekonomi domestik,” kata bank pusat dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Walaupun permintaan domestik akan masih memacu pertumbuhan dengan sokongan daripada eksport bersih, BNM berkata, kadar pengembangan permintaan domestik dijangka sederhana.

BNM berkata pertumbuhan pendapatan dan pekerjaan akan terus menyokong penggunaan swasta, walaupun sederhana, apabila isi rumah terus membuat penyesuaian dengan kos hidup yang meningkat.

Sementara itu, pelaburan swasta diunjur lebih rendah daripada trend jangka panjangnya, namun akan terus disokong oleh perbelanjaan modal dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan, serta pelaksanaan projek prasarana.

ARTIKEL YANG SAMA