Ekonomi Malaysia mampu harungi cabaran global – Najib

Ekonomi Malaysia mampu harungi cabaran global – Najib

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terus mengulangi keyakinannya bahawa Malaysia dapat mengharungi cabaran ekonomi global dan memastikan ekonomi kekal kukuh dan stabil pada landasan yang tepat. Katanya, negara telah mencatat pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada kadar 5 peratus untuk tahun 2015 walaupun berdepan keadaan ekonomi yang mencabar dan tidak menentu.

Menerusi catatan terbaharu di blognya NajibRazak.com hari ini, Najib berkata pencapaian ekonomi Malaysia tahun lalu itu meletakkannya di antara yang terbaik di rantau ASEAN.

“Namun demikian, kita tidak harus leka tetapi sebaliknya perlu terus mengambil langkah proaktif untuk menjamin kepentingan dan kesejahteraan rakyat agar tiada yang ketinggalan dalam arus pembangunan negara,” katanya.

Khamis lepas, Jabatan Perangkaan dalam satu kenyataan mengumumkan pertumbuhan KDNK tahun penuh 2015 sebanyak 5.0 peratus berbanding 6.0 peratus pada 2014.

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini sudah berkecimpung 40 tahun dalam dunia politik. – Bernama
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini sudah berkecimpung 40 tahun dalam dunia politik. – Bernama