Ekonomi Singapura tumbuh 1.4%, elak kemelesetan teknikal

Ekonomi Singapura tumbuh 1.4%, elak kemelesetan teknikal

SINGAPURA, 14 Okt – Ekonomi Singapura berkembang 1.4 peratus pada suku ketiga, melebihi anggaran ahli ekonomi dan mengelakkan kemelesetan teknikal dengan tipis, menurut anggaran awal yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada Rabu (14 Okt).

Ahli ekonomi meramalkan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 1.2 peratus bagi suku Jul-Sep, di tengah-tengah kelembapan ketara pertumbuhan di China, keadaan berjerebu, dan kegiatan pasaran saham bergelora.

Bagi perbandingan suku ke suku, ia tumbuh 0.1 peratus, mengelakkan kemelesetan teknikal – iaitu kemerosotan ekonomi dua suku berturut-turut – yang diramalkan secara meluas oleh penganalisis. – AFP