Ekonomi Taiwan tumbuh 2.03%

Ekonomi Taiwan tumbuh 2.03%

TAIPEI, 28 Nov – Keluaran dalam negara kasar (KDNK) Taiwan meningkat 2.03 peratus pada suku ketiga, sedikit rendah sedikit daripada anggaran awal iaitu 2.06 peratus, kata pihak berkuasa statistik di pulau itu.

Permintaan dalam negeri terus menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi di pulau itu, kata jabatan statistik itu semalam.

Eksport barangan mencatatkan pengembangan pertama sejak suku pertama tahun lepas, walaupun berkembang pada 0.11 peratus pada tahun ke tahun, dimana permintaan global bagi barangan elektronik dan jentera buatan Taiwan itu pulih.

Jabatan statistic meramalkan ekonomi dijangka berkembang pada kadar tahunan 1.35 peratus pada 2016, 0.13 peratus tinggi daripada pengiraan terakhir, dimana eksport akan menjadi lebih baik daripada yang dijangkakan. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA