Ekonomi Vietnam tumbuh 6.8 peratus

Ekonomi Vietnam tumbuh 6.8 peratus

HANOI, 29 Sept (dpa) – Ekonomi Vietnam tumbuh 6.8 peratus pada suku ketiga, meningkat daripada 6.1 dan 6.5 peratus pada suku pertama dan kedua masing-masing, kata kerajaan hari ini.

Ekonomi berkembang 6.5 peratus dalam sembilan bulan pertama, menurut Pejabat Statistik Am kerajaan.

Pertumbuhan pesat telah dijana oleh pertumbuhan sebayak 9.6 peratus dalam sektor perindustrian dan pembinaan, didorong oleh pertambahan eksport dan pelaburan asing. Sektor perkhidmatan berkembang 6.2 peratus.

Ekonomi Vietnam pada 2015 telah mengatasi ramalan pertumbuhan awal Hanoi sebanyak 6.2 peratus. Pada minggu lalu, Bank Pembangunan Asia (ADB) meramalkan KDNK Vietnam bertumbuh 6.5 peratus untuk tahun 2015 dan mencatat pertumbuhan sebanyak 6.6 peratus pada 2016.

Vietnam diramalkan mencatat pertumbuhan ekonomi paling kukuh pada tahun ini di enam negara Asia Tenggara yang dijejaki oleh Bank Pembangunan Asia dalam satu laporan terbaru.

Pertumbuhan negara dijangka meningkat sepanjang separuh tahun kedua, diperkukuhkan oleh penggunaan persendirian yang meningkat, pengeluaran berorientasikan eksport dan pelaburan asing, kata ADB.

Minyak yang lebih murah dan inflasi rendah telah membantu merangsang penggunaan domestik. Dalam tempoh tiga suku 2015, kadar inflasi Vietnam meningkat 0.4 peratus, tahap paling rendah dalam tempoh 10 tahun, lapor Pejabat Statistik Umum.

ARTIKEL YANG SAMA