Ekonomi zon euro kekalkan pertumbuhan

Ekonomi zon euro kekalkan pertumbuhan

BRUSSELS, 5 Jan – Penghujung 2016 telah menyaksikan ekonomi zon euro mengekalkan kadar kukuh perluasan ketika pertumbuhan pengeluaran berterusan kepada ketinggian 67 bulan ekoran matawang lebih lemah, tinjauan yang diberi tumpuan lebih dekat menunjukkan semalam.

Perluasan pesat diisyaratkan oleh Pengeluaran Komposit akhir (PMI) Indeks Pengurus Pembelian Zon Euro Markit yang berada pada 54.4 dalam bulan Disember, meningkat dari 53.9 bulan November dan mencapai tahap tertingginya sejak Mei 2011.

Bacaan indeks di atas 50 menunjukkan perluasan, sementara yang di bawah tahap itu menunjukkan pengecutan.

“Para pengilang dan, ke takat kurang penting, syarikat-syarikat sektor perkhidmatan meraih manfaat dari euro yang lebih lemah, yang mengukuhkan eksport barangan dan menggalakkan permintaan bagi eksport perkhidmatan seperti pelancongan dan perjalanan ke zon euro,” kata Chris Williamson, ketua ahli ekonomi perniagaan IHS Markit.

Menurut data tinjauan, pengilangan mendahului pertambahan pertumbuhan, dengan pengeluaran bertambah kadar terpantas sejak April 2014. Kegiatan sektor perkhidmatan juga dengan kukuh meningkat, dengan kadar pertambahan terus hampir pada ketinggian 11 bulan pada bulan November.

Orang ramai ketika membeli belah di pusat bandar di Brussels, Belgium pada 3 Januari 2017. Penghujung 2016 telah menyaksikan ekonomi zon euro mengekalkan kadar kukuh perluasan ketika pertumbuhan pengeluaran berterusan kepada ketinggian 67 bulan ekoran matawang lebih lemah. – AP
Orang ramai ketika membeli belah di pusat bandar di Brussels, Belgium pada 3 Januari 2017. Penghujung 2016 telah menyaksikan ekonomi zon euro mengekalkan kadar kukuh perluasan ketika pertumbuhan pengeluaran berterusan kepada ketinggian 67 bulan ekoran matawang lebih lemah. – AP

Pertumbuhan terpantas dilihat di Sepanyol, yang diikuti dekat oleh Jerman.

Kadar peningkatan di Perancis bertambah kepada rekod tertinggi setahun setengah, namun masih di bawah purata kawasan euro.

Bagaimanapun, tekanan harga terus meningkat, dengan inflasi kos caj kemasukan dan pengeluaran meningkat dengan pesatnya.

Williamson berkata data tinjauan mengisyaratkan perluasan 0.4 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam suku keempat, tetapi menambah kebimbangan ialah permintaan tempatan mungkin terus bertahan pada tahun 2017 ketika ketidakpastian politik mendominasi, yang membawa kepada satu lagi tahun pertumbuhan yang mengecewakan di seluruh rantau itu secara keseluruhan. – Xinhua