Eksekutif FIFA mahu Niersbach berundur

Eksekutif FIFA mahu Niersbach berundur

BERLIN, 23 Nov (dpa) – Wolfgang Niersbach perlu meletak jawatan sebagai eksekutif FIFA dan UEFA berikutan peletakan jawatannya sebagai bos bola sepak Jerman berhubung skandal Piala Dunia 2006, menurut akhbar Welt am Sonntag semalam, yang memetik ahli pembuat keputusan FIFA yang tidak dinyatakan namanya.

“Anda tidak akan menanggung akibat, anda melakukan sama ada dalam keadaan penuh atau tidak sama sekali. Niersbach perlu meletak jawatan daripada kedudukannya,” akhbar itu yang memetik ahli jawatankuasa eksekutif tidak dikenali dalam badan induk bola sepak itu sebagai berkata. Welt am Sonntag berkata eksekutif yang lain menyuarakan pandangan yang sama dan isu itu akan berada dalam agenda bagi mesyuarat seterusnya bagi jawatankuasa pada 2 dan 3 Disember.

Niersbeach meletak jawatan sebagai presiden persekutuan bola sepak Jerman dua minggu lalu berhubung kait dengan Piala Dunia 2006 di Jerman.

“Adalah jelas dia melakukan kesilapan dalam berurusan dengan skandal Piala Dunia 2006. Ia tidak akan wujud tanpa ada kaitan dengan tugasnya di FIFA,” Die Welt memetik eksekutif itu sebagai berkata. Niersbach adalah naib presiden jawatankuasa penganjuran Piala Dunia dan kemudian DFB, dan dalam kapasiti dikatakan telah menandatangani pengisytiharan cukai termasuk pembayaran 6.7 juta euro (AS$7.4 juta) yang mencetuskan kontroversi kepada FIFA.

Wang tersebut dilaporkan akan diserahkan kepada bekas ketua Adidas, Robert Louis-Dreyfus yang membuat pembayaran sama dari dana peribadi kepada FIFA bagi pihak jawatankuasa penganjuran Jerman dalam apa yang dikatakan untuk memastikan pembiayaan FIFA, dan dilaporkan di tandatangani oleh ketua jawatankuasa penganjuran, Franz Beckenbauer.

ARTIKEL YANG SAMA