Eksekutif tertinggi arang batu China disiasat

Eksekutif tertinggi arang batu China disiasat

SHANGHAI, 8 Jun (AFP) – Pihak berkuasa China sedang menyiasat seorang eksekutif tertinggi pengeluar arang batu terbesar negara Shenhua, kata syarikat, kes jenayah terbaru yang membabitkan seorang pegawai firma milik kerajaan.

China Shenhua Energy Co (CSEC) yang disenarai di Hong Kong berkata naib presiden Hao Gui sedang disiasat oleh pihak berkuasa badan kehakiman, menurut satu kenyataan kepada bursa saham yang dikeluarkan semalam.

Ia tidak memberikan butir-butir tetapi berkata Hao “gagal menjalankan tugasnya.”

“Lembaga pengarah syarikat akan membuat keputusan selanjutnya mengenai isu tersebut berdasarkan perkembangan siasatan,” katanya, menambah unit yang disenaraikan telah diberitahu mengenai siasatan oleh syarikat induk Shenhua Group Corp.

Hao juga penolong pengurus besar firma induk.

China telah melancarkan siasatan dalam eksekutif beberapa perusahaan milik kerajaan dengan Zhou Yongkang, bekas ketua keselamatan dan sebelumnya ketua firma minyak China National Petroleum Corp adalah antara eksekutif profil tertinggi.

Presiden China Xi Jinping melancarkan kempen besar-besaran untuk membanteras rasuah selepas beliau menerajui tampuk pentadbiran lebih daripada dua tahun lalu, berikrar akan mensasarkan “harimau” pangkat tinggi dan “lalat” berpangkat rendah.

CSEC berkata “pengeluaran dan operasi masih tidak terjejas.”

Pelabur tidak terjejas dengan berita tersebut. Dalam perniagaan tengah hari, CSEC meningkat 1.99 peratus di Hong Kong dan 2.21 peratus lebih tinggi di Shanghai di mana ia juga disenaraikan.

ARTIKEL YANG SAMA