Eksekutif utama Twitter tinggalkan syarikat

Eksekutif utama Twitter tinggalkan syarikat

SAN FRANCISCO, 25 Jan – Empat eksekutif senior Twitter akan meninggalkan syarikat media, kata CEO Jack Dorsey dalam Twitter lewat malam semalam, perubahan kepimpinan terbesar sejak Dorsey kembali sebagai ketua eksekutif tatkala beliau bergelut untuk memulihkan pertumbuhan syarikat.

Ketua media Katie Jacobs Stanton, ketua produk Kevin Weil, ketua divisyen kejuruteraan Alex Roetter, dan ketua HR Brian ‘Skip’ Schipper semuanya akan meninggalkan syarikat, kata beliau.

Menangkis apa yang digelarnya desas-desus akhbar yang tidak betul, Dorsey memuji empat eksekutif dan berkata beliau berasa sedih untuk mengumumkan pemergian mereka.

Saham Twitter telah merosot hampir 50 peratus sejak kepulangan Dorsey pada tahun lalu dan kini diniagakan di bawah harga IPO di tengah kebimbangan syarikat telah gagal untuk merangsang jumlah penggunanya meskipun kadar pengeluaran produk yang lebih cepat di bawah Dorsey.

Pada malam semalam Jason Toff, yang mengetuai perkhidmatan video streaming Twitter, Vine, menulis di Twitter bahawa beliau juga akan meninggalkan Twitter untuk menyertai Google untuk mengusahakan alam maya. Dorsey tidak menyebut beliau dalam Twitternya. Pada persidangan pada Oktober, Dorsey bercakap tentang ‘menggaji dan melabur dalam bakat’ dan keperluan untuk mengamal ‘pemikiran berani.’

Gambar yang diambil pada 27 September 2013 menunjukkan pengguna sedang memegang telefon bimbit mereka dengan berlatar belakang logo Twitter di Warsaw. – Reuters
Gambar yang diambil pada 27 September 2013 menunjukkan pengguna sedang memegang telefon bimbit mereka dengan berlatar belakang logo Twitter di Warsaw. – Reuters

Twitter mungkin mengumumkan perubahan eksekutif lain, termasuk rekrutmen seorang ketua pegawai pemasaran baru pada hari ini, menurut satu sumber yang rapat dengan perkara itu. Syarikat akan mengumumkan dua anggota lembaga baru tidak lama lagi, tambah orang itu.

Dorsey menulis dalam Twitter bahawa Ketua Pegawai Operasi Adam Bain akan memikul tanggungjawab tambahan selepas perubahan yang berlaku, termasuk kumpulan produk yang berkaitan dengan endapatan dan kumpulan HR. Ketua Pegawai Teknikal Adam Messinger akan mengendali kumpulan kejuruteraan, kata beliau.

Weil, Stanton, Schipper dan Roetter adalah antara pemergian peringkat tertinggi dalam beberapa bulan ini, tetapi beberapa eksekutif telah meninggalkan Twitter sejak pengasas bersama Dorsey mengambil alih sebagai CEO sementara pada Julai. Beliau telah dinamakan CEO Twitter sejak itu. – Reuters