Eksekutif ZTE China letak jawatan

Eksekutif ZTE China letak jawatan

BEIJING, 3 April (AFP) – Syarikat tele-komunikasi China ZTE akan mengganti tiga eksekutif tertinggi, lapor WSJ, dalam usaha untuk melihat sekatan AS ke atas perniagaannya dibatalkan selepas ia dituduh mencabul sekatan ke atas Iran.

Washington mengenakan sekatan ke atas ZTE dan tiga syarikat berkaitan pada bulan lalu kerana mengeksport semula barangan terkawal dari Amerika Syarikat ke negara yang dikenakan sekatan, termasuk Iran.

Kawalan mewajibkan ZTE mempunyai lesen tertentu sebelum menghantar barangan buatan AS ke syarikat induk atau tiga firma lain. Ketua eksekutif ZTE Shi Lirong, dilantik sejak 2010, dan naib eksekutif presiden, Tian Wenguo dan Qiu Weizhao dijangka meletak jawatan, sementara menunggu kelulusan daripada lembaga ZTE, kata Wall Street Journal semalam.

Lembaga itu dijadual bertemu pada Selasa dan Rabu untuk meluluskan perubahan pengurusan, dan juga membincang keputusan kewangan syarikat untuk tahun 2015, kata akhbar. Ketua pegawai Teknologi Zhao Xianming dijangka mengambil alih sebagai CEO dan pengerusi syarikat, tambah akhbar.

Syarikat telekomunikasi China ZTE akan mengganti tiga eksekutif tertinggi mereka dalam usaha untuk melihat sekatan AS yang perniagaan mereka dibatalkan selepas dituduh mencabul sekatan ke atas Iran.
Syarikat telekomunikasi China ZTE akan mengganti tiga eksekutif tertinggi mereka dalam usaha untuk melihat sekatan AS yang perniagaan mereka dibatalkan selepas dituduh mencabul sekatan ke atas Iran.

Menurut dokumen disiarkan oleh Jabatan Perdagangan, Tian dan Qiu yang bertanggungjawab terhadap rancangan ZTE didakwa mengelak peraturan eksport AS bermula dari tahun 2011, dengan menubuhkan syarikat rangka untuk memintas sekatan AS, kata WSJ.

Akhbar itu menambah sebagai sebahagian daripada perjanjian di antara Jabatan Perdagangan AS dan ZTE untuk membatalkan sekatan buat sementara waktu, eksekutif syarikat yang terlibat dalam pencabulan harus dipecat daripada jawatan kanan.

Washington pada Januari membatalkan beberapa sekatan untuk menjalankan perniagaan dengan Iran ekoran perjanjian antarabangsa mengenai program nuklearnya. Namun sekatan yang dikaitkan dengan tuduhan mengatakan Tehran menyokong keganasan masih berkuatkuasa, masih menghalang syarikat AS daripada menjalankan perniagaan dengan Iran.

ZTE adalah pengeluar peralatan telekom kedua terbesar China dengan pelanggan di lebih daripada 160 negara.

ARTIKEL YANG SAMA