Eksesais Brumal Setia ke-13 bermula

Eksesais Brumal Setia ke-13 bermula

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Sept – Eksesais antara Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan Tentera Darat Malaysia (TDM) dinamakan Brumal Setia Siri 13/2016 bermula pada Khamis lalu di Berakas Kem di sini.

Majlis pembukaan rasmi eksesais itu disempurnakan oleh Timbalan Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei, Kolonel Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan dan Timbalan Panglima Tentera Darat Malaysia, Leftenan Jeneral Dato’ Seri Panglima Haji Ahmad Hasbullah bin Haji Mohd Nawawi.

Eksesais selama 10 hari bermula 15 September hingga 24 September ini melibatkan unit Batalion Pertama TDDB dan satu kompeni daripada 20 RAMD TDM dan turut dibantu oleh Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB).

Kolonel Haji Muhammad Haszaimi dan Leftenan Jeneral Dato’ Seri Panglima Haji Ahmad Hasbullah selepas menyempurnakan pembukaan rasmi eksesais berkenaan.
Kolonel Haji Muhammad Haszaimi dan Leftenan Jeneral Dato’ Seri Panglima Haji Ahmad Hasbullah selepas menyempurnakan pembukaan rasmi eksesais berkenaan.
Upacara perbarisan pembukaan Eksesais Brumal Setia Siri 13/2016 pada 15 September lalu.
Upacara perbarisan pembukaan Eksesais Brumal Setia Siri 13/2016 pada 15 September lalu.

Eksesais bertujuan meningkatkan pengalaman, kemahiran dan pengetahuan tentera bagi mencapai tahap profesionalisme yang lebih tinggi di samping merapatkan lagi hubungan persahabatan di antara kedua-dua belah pihak angkatan tentera.

Majlis penutup eksesais ini akan disempurnakan oleh Pemerintah TDDB dan Panglima TDM pada 24 September kelak.

ARTIKEL YANG SAMA