Eksesais Hikmat Bersatu 1-7 April ini

Eksesais Hikmat Bersatu 1-7 April ini

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Mac – Kementerian Pertahanan memaklumkan bahawa Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) akan mengadakan eksesais tentera dinamakan ‘Eksesais HIKMAT BERSATU V/2016’ (EX HBV/2016) pada 1 hingga 7 April 2016.

Eksesais ini akan melibatkan kawasan-kawasan perairan, pendalaman, perumahan dan komersial serta jalan-jalan raya utama di beberapa buah tempat di keempat-empat daerah.

Sehubungan itu, Kementerian Pertahanan dalam kenyataannya hari ini, menasihatkan orang awam yang tinggal berdekatan dengan kawasan-kawasan eksesais agar tidak merasa cemas dengan pergerakan anggota keselamatan atau pasukan beruniform termasuk konvoi kenderaan darat, pesawat udara dan pengangkutan laut serta penggunaan bahan-bahan letupan dan piroteknik yang akan digunakan semasa eksesais tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA