Eksesais Perisai Kebangsaan berakhir

Eksesais Perisai Kebangsaan berakhir

Oleh Normazlina M.D

Gambar oleh Normazlina M.D & Dean Kassim

 

TUTONG, 7 Okt – Eksesais Perisai Kebangsaan (EPK) 04/2015 yang berlangsung selama 3 hari bermula 5 Oktober 2015 telah berakhir pada hari ini di Penanjong Garison, Tutong.

Eksesais kali ini yang membabitkan lebih daripada 5,000 kakitangan daripada pelbagai agensi kerajaan, merupakan latihan kebangsaan keempat yang diadakan di Negara Brunei Darussalam.

Latihan terdahulu pernah diadakan pada 2009, 2010 dan 2011.

EPK dilaksanakan oleh Jawatankuasa Keselamatan Negara (JKN), Jabatan Perdana Menteri, bertujuan untuk memastikan Negara Brunei Darussalam bersiap siaga dalam menangani sebarang kecemasan.

Ini termasuk mendedahkan semua agensi kepada pelan kontigensi kebangsaan dan prosedur, meningkatkan keupayaan dalam membuat keputusan sewaktu krisis dan menilai keberkesanan struktur kebangsaan, pelan, prosedur dan keupayaan.

pg03_151008_c

Police Special Force during the ambush to rescue the hostages
Police Special Force during the ambush to rescue the hostages

Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan di sini berkata, EPK memberikan peluang untuk meningkatkan dan memperbaiki kesiapsiagaan, ketahanan dan meningkatkan koordinasi dalam menangani sebarang ancaman keselamatan dan bencana.

Antara matlamat utama EPK adalah menimba pengalaman, perkongsian amalan baik dan bertukar-tukar pandangan selain meningkatkan kerjasama di antara agensi berkenaan dan sektor swasta tempatan.

Rangkaian yang mantap memberi landasan ke arah memupuk koordinasi dan kerjasama yang lebih berkesan terutama dalam mengendalikan tanggungjawab yang memerlukan kesepaduan yang berkesan.

Pihak musuh cuba membuat sesuatu kepada tawanan dan cuba menakutkan para media.
Pihak musuh cuba membuat sesuatu kepada tawanan dan cuba menakutkan para media.
Antara senario Eksesais Perisai Kebangsaan di hari ketiga yang berlangsung di salah sebuah bangunan di Penanjong Garison.
Antara senario Eksesais Perisai Kebangsaan di hari ketiga yang berlangsung di salah sebuah bangunan di Penanjong Garison.

pg03_151008_e

JKN mengambil peluang menjunjung kasih kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di atas keberangkatan Baginda pada hari Selasa, 6 Oktober 2015.

JKN turut memberi penghargaan terhadap semua kementerian, jabatan, agensi dan badan-badan swasta yang telah membuat sumbangan dan menyertai eksesais berkenaan dalam memastikan ianya berjalan dengan lancar dan seterusnya merakamkan terima kasih kepada pihak media di atas liputan profesional sewaktu eksesais diadakan.

JKN juga merakamkan penghargaan kepada orang ramai di atas kesabaran dan pengertian mereka terhadap kesulitan yang dialami semasa eksesais diungkayahkan.

ARTIKEL YANG SAMA