Eksesais TUDB, RSAF kini bermula

Eksesais TUDB, RSAF kini bermula

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Okt – Eksesais AIRGUARD yang melibatkan anggota Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) secara rasminya bermula hari ini di Skuadron 238, Cawangan No 2, Berakas Garrison.

Pembukaan rasminya telah disempurnakan oleh Pemerintah Kumpulan Gerakan TUDB, Kolonel (U) Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim.

Turut hadir ialah Pemerintah Kumpulan Pertahanan Udara Republik Singapura (DAG), Kolonel Alvin Yeo Hian Leong serta Pemerintah 18 DA BN, Leftenan Kolonel Ang Teo Hong dari RSAF.

Eksesais AIRGUARD, yang dijadualkan berlangsung dari 4 sehingga 18 Oktober 2016, disertai oleh Skuadron 238, Cawangan No 2, TUDB dan Batalion Bahagian Meriam 18 (18 DA BN) RSAF.

Dimulakan pada tahun 1994, eksesais tahun ini menandakan 22 tahun latihan bersama antara TUDB dan RSAF, yang bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama di antara kedua-dua angkatan udara.

Kolonel (U) Mohammad Sharif (kanan) berjabat tangan bersama Kolonel Alvin Yeo Hian Leong.
Kolonel (U) Mohammad Sharif (kanan) berjabat tangan bersama Kolonel Alvin Yeo Hian Leong.

ARTIKEL YANG SAMA