Ekspedisi amal BSP memeduli 22 keluarga

Ekspedisi amal BSP memeduli 22 keluarga

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 17 Julai – Brunei Shell Petroleum Sdn Bhd (BSP) melalui Jabatan Penyelenggaraan dan Integriti (EMI) turut tidak ketinggalan melakukan kerja-kerja amal dalam bulan Ramadan dengan mengadakan ekspedisi amal mengunjungi kediaman 22 buah keluarga yang kurang bernasib baik di kawasan pedalaman Kampung Labi.

Dalam ekspedisi itu, rombongan BSP berkenaan bersama-sama para pelajar latihan, dengan sokongan kumpulan TTK 4×4 Kuala Belait, telah menghulurkan sumbangan makanan, dan wang tunai hasil kutipan daripada kalangan kakitangan syarikat tersebut serta keluarga dan rakan-rakan.

Sementara itu, sumbangan derma daripada syarikat berkenaan juga telah dihulurkan kepada seramai 65 orang anak yatim pada majlis yang telah dianjurkan oleh Majlis Perundingan Kampung Pandan C pada 2 Julai lalu.

Sebagai sebahagian daripada komitmen prestasi sosial kepada masyarakat tempatan, Syarikat BSP telah manganjurkan pelbagai acara keagamaan dan kemasyarakatan dalam bulan Ramadan, di samping mengadakan majlis ceramah agama di beberapa buah masjid di Daerah Belait dan Daerah Tutong.

Ia antara lain bertujuan untuk memupuk hubungan yang lebih erat dalam kalangan kakitangan syarikat, selain memupuk semangat kesukarelawanan dan kerjasama antara satu sama lain dan juga bersama masyarakat.

Kerja amal menyerahkan sumbangan kepada masyarakat yang memerlukan di kawasan pedalaman Kampung Labi oleh kalangan kakitangan Syarikat BSP.
Kerja amal menyerahkan sumbangan kepada masyarakat yang memerlukan di kawasan pedalaman Kampung Labi oleh kalangan kakitangan Syarikat BSP.
Antara yang menyertai kerja amal Syarikat BSP mengangkatkan barangan yang hendak disumbangkan.
Antara yang menyertai kerja amal Syarikat BSP mengangkatkan barangan yang hendak disumbangkan.
Sesi bergambar ramai peserta Kerja Amal Syarikat BSP ke kawasan pedalaman Kampung Labi.
Sesi bergambar ramai peserta Kerja Amal Syarikat BSP ke kawasan pedalaman Kampung Labi.

ARTIKEL YANG SAMA