Ekspedisi bakar semangat

Ekspedisi bakar semangat

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 3 April – Lebih 60 orang telah menyertai Ekspedisi Kembara Merdeka Berbasikal Jelajah Belait sejauh kira-kira 45 kilometer yang bermula dan berakhir di Taman Peranginan Pantai Kampung Sungai Liang, pagi tadi.

Aktiviti anjuran Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Sungai Liang dan Majlis Perundingan Kampung (MPK) Sungai Liang sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-32 itu turut mendapat kerjasama Syarikat Geotrax dan Kelab Basikal Belait (BCC).

Pelepasan ekspedisi yang bermula kira-kira pukul 6:30 pagi itu telah disempurnakan oleh Pemangku Ketua Kampung Sungai Liang, Haji Ibrahim bin Dato Maharaja Setia Dian selaku tetamu kehormat.

Ekspedisi tersebut diadakan antara lain bertujuan sebagai wadah kepada para peserta dalam sama-sama memberigakan sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-32, selain sebagai kempen membakar semangat kebangsaan dan patriotik dalam kalangan masyarakat.

Lebih 60 orang menyertai Ekspedisi Kembara Merdeka Berbasikal Jelajah Belait sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan ke-32 Tahun yang bermula dari kawasan Pantai Kampung Sungai Liang.
Lebih 60 orang menyertai Ekspedisi Kembara Merdeka Berbasikal Jelajah Belait sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan ke-32 Tahun yang bermula dari kawasan Pantai Kampung Sungai Liang.

pg08_160404_c

Di samping beriadah, para peserta ekspedisi pertama anjuran Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Sungai Liang dan MPK Sungai Liang juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.

Kembara itu juga untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim penggemar sukan berbasikal di seluruh negara di samping menggalakkan masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan kegiatan riadah dan sukan seperti berbasikal.

Peserta paling muda me|nyertai ekspedisi kali ini berusia 13 tahun dan paling veteran berusia 65 tahun.

Untuk ekspedisi kali ini, Kelab Basikal Belait telah melibatkan 20 orang ahlinya dan diketuai oleh Awang Faizal bin Osman.

ARTIKEL YANG SAMA