Ekspedisi penyelidik tanam sayur di Kutub Selatan

Ekspedisi penyelidik tanam sayur di Kutub Selatan

BEIJING, 28 Feb (Bernama) – Buat pertama kali, saintis daripada China mengambil bahagian dalam ekspedisi penyelidikan 400 hari di Kutub Selatan yang mana sayur-sayuran segar ditanam dan boleh dimakan dari lokasi tersebut, Press Trust of India (PTI) melaporkan, yang dipetik dari penanam yang baru pulang bulan lalu selepas misi di Antartika itu.

Menurut Wang Zheng, menanam sayur-sayuran di Antartika mengingatkannya tentang ‘The Martian’, iaitu sebuah filem sains fiksyen tentang angkasawan yang bertahan bersendirian di planet Marikh dengan memakan kentang dan membesar di sana.

Beliau berkata dewan pertumbuhan di Stesen Zhongshan, stesen penyelidikan kedua China di Antartika, hanya mempunyai hasil yang rendah ketika ia ditubuhkan pada tahun 2013.

Jumlah itu terlalu kecil untuk membolehkan penyelidik mempunyai hidangan masakan sayur-sayuran, Wang berkata pada hari Jumaat lalu dari rumahnya di Shangrao, wilayah Jiangxi.

Untuk meningkatkan penghasilan, Wang berkata beliau mengurangkan bilangan jenis sayur-sayuran dan memberi tumpuan kepada hanya beberapa jenis sayur yang dapat berkembang cepat, yang dapat menghasilkan pengeluaran yang stabil.

ARTIKEL YANG SAMA