Ekspedisi saksi keindahan Wasai Teraja

Ekspedisi saksi keindahan Wasai Teraja

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Feb – Sebagai menyemarakkan lagi Sambutan Hari Kebangsaan ke-32 tahun dan mempromosikan cara hidup sihat dengan beriadah, Sakam Enterprise dengan kerjasama Ketua Kampung Labi mengadakan Ekspedisi Bukit Teraja bersama Group Trail Run 4 Health Crew baru-baru ini.

Sebelum ekspedisi dimulakan, Tuai Rumah Panjang Kampung Bukit Teraja yang juga selaku pemandu ekspedisi itu telah memberikan sedikit penerangan penting kepada rombongan yang disertai lebih 30 orang itu.

Pada ekspedisi berkenaan, rombongan turut melalui beberapa cabaran seperti merentasi anak sungai untuk tiba ke tempat yang dituju iaitu Wasai Teraja yang mengambil masa kira-kira 45 minit.

Rombongan yang menyertai Ekspedisi Bukit Teraja di Kampung Labi baru-baru ini.
Rombongan yang menyertai Ekspedisi Bukit Teraja di Kampung Labi baru-baru ini.

Menurut ahli rombongan walaupun terpaksa menempuhi pelbagai cabaran menuju ke destinasi yang dituju akhirnya segala penat lelah terubat apabila melihat keindahan suasana wasai berkenaan.

Setelah berasa lega dan puas menyaksikan keindahan semula jadi itu, rombongan pun beredar dan berkunjung ke Rumah Panjang Bukit Teraja Labi dan turut berkesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuai Rumah Panjang dengan memberikan cenderahati kenang-kenangan.

ARTIKEL YANG SAMA