Ekspedisi TIGHAR kesan Earhart minggu depan

Ekspedisi TIGHAR kesan Earhart minggu depan

WASHINGTON, 2 Jun (AFP) – Usaha untuk menyelesaikan salah satu misteri penerbangan yang paling lama, membabitkan kehilangan Amelia Earhart, disambung semula di terumbu karang Pasifik Selatan minggu depan – dengan kapal persiaran terlibat buat pertama kali.

Ekspedisi TIGHAR kali ke-11 akan mencari lebih banyak bukti untuk menyokong teori bahawa juruterbang wanita Amerika terkenal itu telah melakukan pendaratan kecemasan di Nikumaroro apabila dia hilang dalam tahun 1937 ketika penerbangan mengelilingi dunia.

“Matlamat ialah untuk melihat jika dia boleh menambah banyak bukti yang telah kami kumpul dalam tempoh 27 tahun dan 10 ekspedisi ke pulau itu,” kata Ric Gillespie, pengarah eksekutif TIGHAR – Kumpulan Antarabangsa bagi Pemulihan Pesawat Udara Bersejarah.

“Jika kami boleh membuat penemuan dramatik, itu adalah bagus sekali, tetapi kami tidak akan meramalkan itu itulah yang akan kami lakukan,” Gillespie memberitahu AFP dalam temu bual melalui telefon semalam.

Dalam salah satu teka teki berterusan tentang penerbangan itu, Earhart, 39, dan Fred Noonan, 44, pemandu arah, telah hilang ketika mereka dalam penerbangan dari Papua New Guinea menuju Pulau Howland pada 2 Julai 1937.

Gambar fail AFP menunjukkan Amelia Earhart bergambar kenangan ketika mengendalikan pesawatnya. – AFP
Gambar fail AFP menunjukkan Amelia Earhart bergambar kenangan ketika mengendalikan pesawatnya. – AFP

Selama bertahun-tahun diandaikan mereka telah meninggalkan pesawat mereka, Lockheed Electra ke dalam laut selepas kehabisan minyak, dan mereka tidak ditemui lagi. Sesetengah pihak percaya mereka telah ditawan oleh pasukan Imperial Jepun.

Tetapi selama bertahun-tahun TIGHAR telah meneliti kemungkinan bahawa kedua-dua mereka itu terselamat dari pendaratan cemas di terumbu rata di perairan Nikumaroro dan pergi ke pesisir untuk menanti diselamatkan, hanya melihat pesawat mereka, Electra dihanyutkan ke laut.

Nikumaroro terletak 560 kilometer selatan tenggara pulau Howland, pemilikan AS, separuh antara Hawaii dan Australia.

Ekspedisi terbaru TIGHAR akan bermula dari Fiji pada 8 Jun bagi perjalanan laut selama lima hari ke Nikumaroro yang tidak didiami, sebelumnya dikenali sebagai Pulau Gardner dan hari ini sebahagian Kiribati.