Ekspo China-ASEAN dilancar

Ekspo China-ASEAN dilancar

NANNING, Sept 11 – Ekspo China-ASEAN – ke-13 dirasmikan di China hari ini, mempamerkan kerjasama dalam perindustrian, perdagangan dan pelaburan antara China, ahli-ahli ASEAN dan juga negara-negara lain.

Ekspo yang diadakan di Nanning, ibu kota Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, selatan China, telah diberi tema, “Bersama membina Ke arah abad ke-21 Maritim Laluan Sutera, Menjalin Hala Tuju Bersama Komuniti China-ASEAN.”

Acara empat hari itu telah menarik lebih daripada 2,500 syarikat-syarikat dari 29 negara, termasuk 10 anggota ASEAN dan negara-negara termasuk India, Pakistan, Sri Lanka dan Kazakhstan.

Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN juga dibuka hari ini.

Zhang Gaoli (tengah) semasa menghadiri majlis perasmian Ekspo China-ASEAN ke-13 dan Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN di Nanning, ibu kota Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, selatan China, kelmarin. – Xinhua
Zhang Gaoli (tengah) semasa menghadiri majlis perasmian Ekspo China-ASEAN ke-13 dan Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN di Nanning, ibu kota Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, selatan China, kelmarin. – Xinhua

Ekspo itu mempunyai 5,800 petak pameran tahun ini, peningkatan sebanyak 1,200 dari acara sebelumnya. Ia termasuk lebih daripada 30 forum untuk menggalakkan kerjasama China-ASEAN dalam bidang-bidang seperti pendidikan, perlindungan alam sekitar, budaya, pengangkutan dan pelancongan.

China merupakan rakan dagang terbesar ASEAN dan ASEAN merupakan rakan dagang ketiga terbesar di China. – Xinhua