Ekspo Pendidi...

Ekspo Pendidikan Yes2Malaysia diteruskan lagi

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Feb – Ekspo Pendidikan Yes2Malaysia telah diteruskan lagi di Dewan Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam (SMJA) yang dihadiri oleh lebih 150 orang pelajar Tahun 11.

Ekspo pendidikan kali ke-9 itu telah diisikan dengan sesi pertemuan dan perundingan bersama perwakilan dari universiti-universiti awam dan swasta dari Malaysia.

Sebanyak sembilan daripada 31 buah universiti yang menyertai ekspo tersebut merupakan pengenalan kepada ekspo sebenar yang akan diadakan pada 18 Februari ini di Pusat Insani, Seria bermula jam 1 hingga 5 petang, manakala, pada 19 hingga 20 Februari di Hotel Orchid Garden akan bermula jam 4 petang sehingga 9 malam.

Salah seorang perwakilan yang menyertai Ekspo Pendidikan Yes2Malaysia ketika menjelaskan kepada para pelajar mengenai peluang untuk melanjutkan pelajaran ke universiti di Malaysia.
Salah seorang perwakilan yang menyertai Ekspo Pendidikan Yes2Malaysia ketika menjelaskan kepada para pelajar mengenai peluang untuk melanjutkan pelajaran ke universiti di Malaysia.

Antara universiti yang terlibat dalam ekspo itu ialah First City University College, Sunway University, INTI International University & College, Swinburne University Sarawak Campus, Cyberjaya University College of Medical Sciences, Universiti Kuala Lumpur, The University of Nottingham dan The One Academy.

Ekspo berkenaan turut menawarkan tiket penerbangan percuma apabila para pelajar memohon untuk belajar di Malaysia semasa pameran itu berlangsung.

Selain itu, peluang biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat antarabangsa juga akan ditawarkan bagi graduan sekolah dan pelajar pasca siswazah.

ARTIKEL YANG SAMA