Ekspo Ramadan bermula

Ekspo Ramadan bermula

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Jun – Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, Unik Menarik Enterprise Event Marketing & Management Services menganjurkan Ekspo Ramadan di kawasan letak kereta VVIP, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, bermula hari ini.

Perasmian ekspo selama sebulan itu telah disempurnakan oleh Pemangku Pengarah Pentadbiran di Kementerian Pendidikan, Pengiran Haji Rosli bin Pengiran Haji Halus, yang seterusnya turut berpeluang mengunjungi gerai-gerai jualan dan beramah mesra bersama para peniaga.

Majlis pelancaran itu turut menyaksikan penyerahan sumbangan derma untuk Tabung Kemanusiaan Nepal daripada Unik Menarik Enterprise berjumlah $500 dan Reza Group sebanyak $1,000 yang diserahkan kepada Pengiran Haji Rosli.

Ekspo berkenaan disertai oleh lebih 60 usahawan tempatan dan luar negara, yang mana ia akan dibuka dari pukul 10 pagi, sehingga 18 Julai depan.

Pengiran Haji Rosli mengadakan lawatan ke petak jualan di ekspo tersebut.
Pengiran Haji Rosli mengadakan lawatan ke petak jualan di ekspo tersebut.
Perasmian ekspo Ramadan disempurnakan oleh Pengiran Haji Rosli.
Perasmian ekspo Ramadan disempurnakan oleh Pengiran Haji Rosli.
Pengiran Haji Rosli menerima sumbangan daripada salah seorang penderma untuk Tabung Kemanusiaan Nepal.
Pengiran Haji Rosli menerima sumbangan daripada salah seorang penderma untuk Tabung Kemanusiaan Nepal.

pg05_150619_b

ARTIKEL YANG SAMA