Ekspo Raya Ekstravaganza buka tirai

Ekspo Raya Ekstravaganza buka tirai

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Julai – Ekspo Raya Ekstravaganza 2015 membuka pintunya kepada kunjungan orang ramai, kelmarin, sebaik sahaja perasmiannya disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datin Paduka Hajah Adina binti Othman.

Ekspo dengan tema ‘Jom Membeli-Belah Raya’ ini akan berlangsung sehingga 16 Julai di Stadium Tertutup Berakas.

Pelbagai pihak yang menyertai ekspo ini terdiri daripada pengusaha tempatan dan juga kelab belia keusahawanan di bawah Jabatan Belia dan Sukan dengan mengetengahkan persiapan-persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

Di ekspo itu juga, permainan bauncer turut disediakan khas buat kanak-kanak yang datang ke ekspo berkenaan dengan bermainnya secara percuma.

Datin Paduka Hajah Adina ketika membuat tinjauan ke petak-petak Ekspo Raya tersebut.
Datin Paduka Hajah Adina ketika membuat tinjauan ke petak-petak Ekspo Raya tersebut.

Selain itu, para pengunjung juga boleh merakamkan gambar kenangan mereka di pondok Hari Raya yang dipasang dengan lampu cucul, yang disediakan di ekspo itu.

Apa yang lebih menariknya, para pengunjung juga berpeluang untuk membawa pulang kesemua barangan dalam troli berupa keperluan Hari Raya jika mereka dapat meneka harga barang dalam troli tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA