Eksport bukan minyak S’pura jatuh teruk

Eksport bukan minyak S’pura jatuh teruk

SINGAPURA, 18 April (Agensi) – Kemerosotan eksport Singapura semakin teruk dalam satu lagi tanda kelembapan permintaan global.

Eksport domestik bukan minyak (NODX) pada Mac susut 15.6 peratus, lebih teruk dari ramalan, berbanding setahun lalu kerana permintaan elektronik dan bukan elektronik berkurangan, umum International Enterprise (IE) Singapore pada pagi Isnin (18 April). Penganalisis yang ditinjau Reuters menjangka NODX Mac jatuh 13.2 peratus.

Pada Februari, NODX meningkat 2 peratus daripada setahun lalu, dibantu oleh peningkatan dalam penghantaran sektor farmaseutikal.

Dari segi bulan ke bulan, NODX Mac meningkat 0.2 peratus, berbeza daripada kemerosotaan 4.2 peratus pada bulan sebelumnya. Ini disebabkan pengembangan dalam penghantaran bukan elektronik, yang mengatasi penguncupan jualan elektronik. Namun, ia kurang daripada peningkatan 2.3 peratus yang diramal penganalisis.