Eksport Jepun menurun, bimbang kemelesetan eknonomi

Eksport Jepun menurun, bimbang kemelesetan eknonomi

TOKYO, 21 Sept – Eksport Jepun jatuh dan defisit perdagangan negara itu memberi kejutan pada bulan Ogos, menurut data yang disiarkan hari ini, menghidupkan kembali kebimbangan ekonomi sebelum Bank of Japan menggulung semula permesyuaratan.

Penghantaran ke luar negara jatuh 9.6 peratus daripada setahun yang lalu apabila yen kukuh dalam suasana perdagangan negara. Ini menyebabkan defisit perdagangan sebanyak 18.7 bilion yen (AS$ 184 juta), kemerosotan pertama dalam tempoh tiga bulan dan selepas pasaran mengunjurkan lebihan 200 bilion yen.

Jumlah keseluruhan eksport jatuh untuk bulan ke-11 berturut-turut, dengan penghantaran kenderaan dan keluli adalah antara sektor yang terjejas teruk.

Angka-angka yang lemah adalah berita buruk bagi bank pusat itu yang menggulung permesyuaratan dua hari kepada sehari , dan para pegawai-pegawai Jepun berada di bawah tekanan yang meningkat bagi memulakan pertumbuhan yang goyah.

Para pekerja memasang pemain rekod analog Technics di barisan pemasangan di Loji Utsunomiya, syarikat gergasi elektronik Panasonic di Utsunomiya, 100 kilometer ke utara Tokyo, kelmarin. – AFP
Para pekerja memasang pemain rekod analog Technics di barisan pemasangan di Loji Utsunomiya, syarikat gergasi elektronik Panasonic di Utsunomiya, 100 kilometer ke utara Tokyo, kelmarin. – AFP

Pemerhati Bank berfikir bahawa pembuat dasar BoJ boleh mecuba bagi memulakan ekonomi dengan mengembangkan pelan pembelian aset tahunan yang mencecah 80 trilion yen (AS$ 785 bilion). Tetapi terdapat adanya kebimbangan bahawa bank itu sedang kehabisan bon kerajaan yang boleh dibeli di bawah program itu.

Pilihan lain adalah termasuk mengurangkan kadar faedah yang membawa kepada negatif.

Kadar negatif adalah bertujuan untuk menggalakkan pinjaman kepada orang ramai dan perniagaan dengan berkesan, mengenakan bank-bank menyimpan rizab berlebihan dalam bilik kebal BoJ itu. Akan tetapi pemberi pinjaman komersial telah mengadu bahawa mereka telah memakan keputusan kewangan mereka. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA