Eksport Korea S merosot

Eksport Korea S merosot

SEOUL, 1 Jun (AFP) – Eksport Korea Selatan mengalami kemerosotan terbesar mereka dalam tempoh hampir enam tahun dalam bulan Mei, terjejas oleh nilai tinggi won dan kejatuhan harga minyak, dan mencetuskan kebimbangan tentang pemulihan bagi ekonomi negara yang dijana eksport.

Eksport yang diperkira lebih separuh ekonomi keempat terbesar Asia itu, jatuh 10.9 peratus kepada $42.4 bilion dari $47.6 bilion setahun lalu, data kerajaan menunjukkan hari ini. Ia jatuh setiap bulan tahun ini. Import juga jatuh mendadak, menjunam 15.3 peratus kepada $36.1 bilion, sebahagian besarnya disebabkan harga minyak yang lebih lemah.

Tetapi kejatuhan harga minyak terlibat dalam kejatuhan eksport, yang menjejaskan pasaran luar negara Korea Selatan bagi produk proses petrokimia.

Kementerian Perdagangan juga merujuk kepada ketinggian won Korea, yang pada satu tahap dalam bulan Mei mencecah ketinggian tujuh tahun berbanding yen, manakala dalam bulan April ia mencecah ketinggian sembilan tahun berbanding euro.

Penghantaran ke China – pasaran eksport terbesar Korea Selatan – telah mengecut bagi empat bulan berturut-turut ketika lebih banyak pengeluar produk pengantara China menggantikan saingan-saingan Korea Selatan.

“Ketika China menggalakkan lebih banyak firma tempatan memajukan teknologi canggih, firma-firma China membeli lebih banyak barangan perantara dari pembekal-pembekal tempatan,” menurut kenyataan kementerian perdagangan.

Eksport ke Jepun turun 13.2 peratus dalam bulan Mei. Ekonomi Korea Selatan tumbuh 0.8 peratus dalam bulan Januari-Mac dari suku sebelumnya dan Bank Pusat Korea telah pun mengurangkan ramalan pertumbuhan 2015 sebanyak dua kali tahun ini, dari 3.9 peratus kepada 3.4 peratus dalam bulan Januari dan sekali lagi kepada 3.1 peratus dalam bulan April.