Eksport Korea Selatan merosot

Eksport Korea Selatan merosot

SEOUL, 1 Jan (Reuters) – Eksport Korea Selatan merosot untuk bulan ke-12 berturut-turut pada Disember, menamat keputusan perniagaan tahunan paling teruknya sejak krisis kewangan global 2008-2009, dan kerajaan mengingatkan tidak adanya pemulihan segera yang akan dicapai buat masa terdekat ini.

Harga minyak rendah, kemelesetan di China dan ekonomi membangun lain serta kelemahan di Eropah menyebabkan perniagaan global merosot pada tahun ini, sekaligus memberi tamparan hebat epada negara Asia yang bergantung pada perdagangan di mana mereka banyak bergantung pada eksport barangan keluaran seperti petrokimia dan elektronik.

Eksport Korea Selatan pada Disember merosot 13.8 peratus dari segi dolar berbanding setahun sebelumnya, sementara import merosot 19.2 peratus, kata Kementerian Perdagangan, Industri dan Tenaga pada hari ini, kedua-duanya menjejas ramalan dalam satu tinjauan Reuters dan lebih lemah daripada kemerosotan sebanyak 4.8 peratus dan 17.6 peratus pada November.

Eksport untuk tahun 2015 merosot 7.9 peratus – yang paling teruk sejak kemerosotan 13.9 peratus pada 2009 – tetapi dijangka naik 2.1 peratus pada 2016, kata kementerian, sementara menambah timbulnya risiko dalam ramalan.

“Pertumbuhan lembap di China, harga minyak rendah dan pertumbuhan terbantut dalam ekonomi membangun disebabkan kadar yang lebih tinggi di AS menimbulkan risiko kepada eksport pada tahun ini.”

Korea Selatan adalah pengeksport keenam terbesar dunia dan negara utama pertama yang menyiarkan angka perniagaan pada Disember.

Jualannya ke China berkurangan 5.6 peratus pada 2015, jualan ke Kesatuan Eropah merosot 6.9 peratus dan hantaran ke Amerika Syarikat merosot 0.6 peratus. Ketiga-tiga pasaran itu mengambil hampir separuh daripada jumlah eksport Korea Selatan.

Produk berkaitan dengan minyak menyumbang kepada 64 peratus daripada kemerosotan dalam eksport Korea Selatan pada tahun ini, kata kementerian perdagangan.

ARTIKEL YANG SAMA