Eksport Malaysia akan berkembang pada 2016

Eksport Malaysia akan berkembang pada 2016

KUALA LUMPUR, 11 Feb – Eksport negara diunjur berkembang dua peratus pada 2016 meskipun persekitaran ekonomi mencabar, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata pertumbuhan akan disokong oleh tumpuan kerajaan dalam bidang perdagangan di pasaran ASEAN.

“Antara fokus kami ialah negara ASEAN. ASEAN ialah rantau dagangan terbesar yang memberi sumbangan ketara kepada jumlah dagangan Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program ‘Generasi baharu pengeksport’ di sini hari ini. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA