Eksport M’sia ke Sri Lanka meningkat 44%

Eksport M’sia ke Sri Lanka meningkat 44%

KUALA LUMPUR, 2 Sept – Eksport Malaysia ke Sri Lanka melonjak 44 peratus kepada RM414.05 juta pada separuh pertama tahun ini berbanding RM286.23 juta dalam tempoh sama tahun lepas.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata, kenaikan itu sebahagian besar disumbangkan produk minyak sawit bernilai RM267.71 juta serta kayu dan produk kayu, bernilai RM105.41 juta.

Ini diikuti eksport getah dan produk getah bernilai RM35.04 juta dan koko serta produk koko bernilai RM5.88 juta,” katanya dalam satu kenyataan selepas mesyuarat dua hala dengan Menteri Perusahaan Utama Sri Lanka, Daya Gamage, di sini hari ini.

Mah berkata, tahun lepas, eksport komoditi dan produk berasaskan komoditi ke Sri Lanka meningkat 10.8 peratus kepada RM651.10 juta berbanding RM587.49 juta pada 2014. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA