Eksport Singapura Mei meningkat

Eksport Singapura Mei meningkat

SINGAPURA, 17 Jun (AFP) – Eksport Singapura meningkat pada Mei disebabkan pertambahan dalam penyerahan farmaseutikal dan emas tatkala peniaga berusaha mencari tempat selamat daripada krisis pasaran tetapi penganalisis mengingatkan pada hari ini bahawa pertambahan mengejutkan tidak menandakan pemulihan ekonomi yang lebih luas.

Eksport domestik bukan minyak meningkat 11.6 peratus tahun-ketahun untuk bulan itu, dipimpin oleh bangunan pasang siap, farmaseutikal dan emas, kata badan promosi perdagangan International Enterprise (IE) di Singapura.

Sementara Singapura tidak mempunyai pasaran domestik yang besar untuk logam berharga, ia adalah pelabur serantau besar dalam perdagangan.

Ketidakpastian dalam pasaran global – daripada kemelesetan dalam ekonomi China kepada kemerosotan harga minyak mentah – telah mendesak harga emas naik lebih tinggi daripada 20 peratus dalam tempoh setahun lalu.

“Pertambahan dalam eksport ke Taiwan dan India juga dibantu oleh satu rangsangan dalam perniagaan emas. Permintaan global untuk emas adalah tinggi tatkala pelabur mencari tempat selamat daripada pergolakan kewangan dalam pasaran saham dan komoditi,” kata Song Seng Wun, ahli ekonomi dengan Perbankan Persendirian CIMB.

Beberapa kontena sedang diletakkan ke kapal di pelabuhan terminal di Singapura semalam. Eksport Singapura meningkat semula dengan ketara pada Mei selepas penurunan berterusan bulan lalu. – AFP
Beberapa kontena sedang diletakkan ke kapal di pelabuhan terminal di Singapura semalam. Eksport Singapura meningkat semula dengan ketara pada Mei selepas penurunan berterusan bulan lalu. – AFP

Ia juga merupakan prestasi eksport terbaik negara kota itu sejak pertambahan 18..5 peratus pada Mac 2015.

IE Singapura berkata penyerahan barangan bukan elektronik, termasuk farmaseutikal dan petrokimia, berkembang sebanyak 19.0 peratus, mengubah kemerosotan sebanyak 8.1 peratus pada bulan sebelumnya.

Terdapat pertambahan ketara dalam permintaan dari Amerika Syarikat dan Taiwan, dua pasaran utama untuk Singapura. Eksport ke AS bertumbuh 9.1 peratus sementara mereka ke Taiwan meningkat 11.2 peratus pada Mei.

Namun penganalisis berkata angka pada Mei mungkin merupakan satu keluarbiasaan kerana tidak terdapatnya petunjuk mengenai kadar pusing ganti sebenar dalam nasib ekonomi global.

ARTIKEL YANG SAMA