Eksport Singapura merosot

Eksport Singapura merosot

SINGAPURA, 17 Ogos – Eksport Singapura merosot lebih daripada dijangka pada Julai berbanding tahun sebelumnya disebabkan permintaan Amerika Syarikat (AS) dan China yang lebih lembap, kata kerajaan hari ini, membuktikan kebenaran lanjut kepada kemelesetan ekonomi pada tahun ini.

Kebimbangan mengenai prospek ekonomi global yang lebih lemah mendorong kerajaan pada bulan ini mengurangkan ramalan pertumbuhannya untuk tahun ini kepada 1-2 peratus dan bukannya 1-3 peratus seperti yang diramalkan sebelum ini.

Ekonomi Singapura bertumbuh 2.0 peratus pada 2015, kadar perkembangan paling lemah sejak 2009 disebabkan kesan krisis kewangan global.

Pada hari ini, badan promosi perniagaan kerajaan Perusahaan Antarabangsa Singapura mengeluarkan data menunjukkan eksport domestik bukan minyak negara kota itu merosot 10.6 peratus pada Julai.

Beberapa kontena dilihat diletakkan di sepanjang dermaga di pelabuhan di Singapura semalam. Eksport Singapura jatuh lebih daripada yang dijangkakan pada Julai daripada tahun sebelumnya disebabkan permintaan AS dan China yang lebih lembap. – AFP
Beberapa kontena dilihat diletakkan di sepanjang dermaga di pelabuhan di Singapura semalam. Eksport Singapura jatuh lebih daripada yang dijangkakan pada Julai daripada tahun sebelumnya disebabkan permintaan AS dan China yang lebih lembap. – AFP

Kemerosotan adalah lebih teruk daripada pengecutan sebanyak 2.4 peratus pada bulan sebelumnya.

Ia juga lebih teruk berbanding anggaran 2.5 peratus daripada kemerosotan 2.5 peratus dalam satu tinjauan Bloomberg ke atas 15 ahli ekonomi.

Eksport elektronik seperti semikonduktor mengecut sebanyak 12.9 peratus, daripada kemerosotan 1.7 peratus pada Jun. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA