Eksport tekstil, pakaian ke Asia Tengah, Rusia meningkat

Eksport tekstil, pakaian ke Asia Tengah, Rusia meningkat

URUMQI, 3 Julai – Eksport tekstil dan pakaian ke Asia Tengah dan Rusia menerusi pelabuhan di Rantau Autonomi Xinjiang Uighur telah meningkat lebih daripada 60 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

China telah mengeksport tekstil dan pakaian bernilai 16.57 bilion yuan menerusi pelabuhan di Xinjiang, menurut statistik terbaru yang dikeluarkan oleh Kastam Urumqi.

Data menunjukkan 70 peratus daripada eksport ke Kyrgyzstan dan Kazakhstan, dengan Kyrgyzstan menduduki tempat pertama.

Ekoran Inisiatif Kawasan dan Jalan dan pembangunan ekonomi serantau yang dicadangkan oleh China, Xinjiang, yang bersempadan dengan lapan negara dan mempunyai 29 pelabuhan nasional, telah berkembang kepada pusat perniagaan untuk pakaian, kasut dan keperluan harian.

China telah lama menjadi pe-ngeluar tekstil utama untuk pasaran dunia. Xinjiang menghasilkan kapas terbaik di China, lebih daripada mana-mana rantau lain. Hasil kapas Xinjiang mencecah 3.5 juta tan, kira-kira 60 peratus daripada pengeluaran keseluruhan China, pada 2015.

Pengeluar Tekstil dan pakaian terkenal telah memindah per-niagaan mereka ke Xinjiang, menjadikan rantau barat laut itu pengeluar tekstil dan pakaian yang berkembang pesat.

Kabinet China, Majlis Negara, mengeluarkan satu garis pan-duan pada Jun 2015 untuk me-rangsang industri tekstil dan pakaian di Xinjiang dalam harapan menambah pekerjaan tempatan dan eksport. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA