Ekstradisi pembunuh singa untuk dikenakan dakwaan

Ekstradisi pembunuh singa untuk dikenakan dakwaan

HARARE, 2 Ogos (AFP) – Zimbabwe kelmarin membuat permohonan ekstradisi terhadap seorang pemburu, Walter Palmer yang didakwa membunuh seekor singa bernama Cecil di negara itu baru-baru ini.

Gambar Palmer yang merupakan seorang doktor gigi di Minnesota bersama singa yang dibunuhnya menjadi viral di internet sekali sekali gus mengundang kecaman daripada pelbagai pihak.

“Kami merayu kepada pihak berkuasa supaya mengekstradisi Palmer ke Zimbabwe supaya dia dibicarakan di atas tindakan yang menyalahi undang-undang itu,” kata Menteri Alam Sekitar Zimbabwe, Oppah Muchinguri.

Palmer yang telah disoal siasat oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat, memohon maaf dan menyatakan dia telah diperdaya oleh jurupandu profesional,

Theo Bronkhorst. Dia dikatakan membayar sebanyak AS$55,000 (RM210,254) untuk memburu di Taman Negara Hwange di barat Zimbabwe pada awal bulan lepas.Palmer dipercayai menggunakan panah bagi membunuh Cecil yang terkenal dalam kalangan pelancong di taman negara itu. Singa itu juga dipakaikan kolar penjejak sebagai sebahagian daripada projek penyelidikan oleh Universiti Oxford.

ARTIKEL YANG SAMA