Ekstremis Mali dihukum

Ekstremis Mali dihukum

THE HAGUE, 28 Sept – Panel hakim jenayah perang menjatuhkan hukuman penjara ke atas ekstremis Mali selama sembilan tahun kerana memusnahkan makam wali di Timbuktu, sekali gus menjadi keputusan penghakiman yang dilihat sebagai amaran bahawa tindakan merosakkan warisan peradaban manusia tidak akan terlepas daripada pengadilan.

Dalam kes yang julung kali memfokuskan pemusnahan kebudayaan sebagai jenayah perang, Mahkamah Jenayah Antarabangsa mendapati Ahmad al-Faqi al-Mahdi bersalah kerana mengarahkan serangan terhadap tapak warisan dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) ketika mengambil alih utara Mali pada 2012. – AFP