El Chapo dapat pertolongan dalam penjara

El Chapo dapat pertolongan dalam penjara

MEXICO CITY, 14 Julai (AFP) – Kerajaan Mexico menawarkan ganjaran bernilai $3.8 juta bagi sesiapa yang berjaya menangkap ketua dadah yang dalam pelarian Joaquin “El Chapo” Guzman semalam dan memecat pegawai tertinggi penjara di tengah–tengah dakwaan bahawa pengawal membantunya melarikan diri.

Guzman hilang dari selnya lewat Sabtu lalu walaupun dia memakai gelang pengawasan dan kamera pemantauan yang diletakkan dalam bilik 24 jam sehari, kata Menteri Dalam Negeri, Miguel Angel Osoriao Chong.

Osorio Chong berkata Guzman “mesti mempunyai rakan dari anggota penjara…yang mana jika sah akan dilihat tindakan pengkhianatan.”

Guzman dipenjarakan selama 17 bulan apabila dia melarikan diri dari penjara kali kedua sejak 2001, berdepan dengan keadaan memalukan kepada Presiden Enrique Pena Nieto dan membayangi kunjungan negara ke Perancis.

Kali ini, ketua kartel dadah Sinaloa itu mampu melarikan diri dari penjara yang dikawal ketat sekitar 90 kilometer (55 batu) ke barat Mexico City melalui terowong sepanjang 1.5 kilometer yang ditemui di bawah bilik mandi selnya.

Poster El-Chapo yang berbunyi dikehendaki semula. – AFP
Poster El-Chapo yang berbunyi dikehendaki semula. – AFP

“Apa yang berlaku dua hari lalu adalah kejadian teruk yang membangkitkan kemarahan masyarakat Mexico,” kata Osorio Chong.

Sementara kamera diletakkan ke sel, Osorio Chong berkata terdapat dua “tempat gelap” untuk menghormati privasi banduan “dan hak asasi kemanusiaan,” dan dia mampu untuk menanggalkan gelang, yang hanya berkesan dalam penjara.

Osorio Chong berkata dia memutuskan untuk memecat pengarah penjara, Altiplano begitu juga dengan ketua sistem penjara dan penyelaras agung “untuk memudahkan” penyiasatan.

Peguam negara Arely Gomez berkata 34 pegawai penjara dan 17 banduan disiasat oleh pendakwa. Tiada dakwaan diumumkan setakat ini.