El Chapo perlu ditangkap segera

El Chapo perlu ditangkap segera

PARIS, 13 Julai (Agensi) – Presiden Mexico, Enrique Pena Nieto hari ini mengarahkan pihak keselamatan segera menangkap semula raja dadah, Joaquin “El Chapo” Guzman, yang meloloskan diri dari penjara semalam.

Beliau menyifatkan kejadian itu sebagai ‘memalukan negara’ dan mahu satu siasatan menyeluruh dijalankan bagi mengetahui sama ada El Chapo dibantu oleh pegawai keselamatan.

Pena Nieto berkata demikian sebelum berlepas ke Perancis dalam untuk memulakan lawatan rasmi ke negara itu.

El Chapo melarikan diri dari penjara terlepas lewat semalam dan pihak berkuasa Mexico sedang menjalankan operasi memburunya besar-besaran.

Lubang keluar yang digunakan oleh El Chapo untuk melarikan diri dari penjara Mexico. – Reuters
Lubang keluar yang digunakan oleh El Chapo untuk melarikan diri dari penjara Mexico. – Reuters

Dalam satu kenyataan yang dibawakan menerusi stesen televisyen tempatan Mexico, Pena Nieto berkata beliau yakin pihak berkuasa negaranya akan menahan semula El Chapo.

El Chapo dilaporkan meloloskan dari bilik mandi penjara Altiplano yang dikawal ketat yang terletak 90 kilometer dari Mexico City dengan melalui sebuah terowong di bawah penjara.

Ia adalah kali kedua El Chapo berjaya melarikan diri dari tahanan.

ARTIKEL YANG SAMA