El Jaish mara ke separuh akhir ACL

El Jaish mara ke separuh akhir ACL

DUBAI, 15 Sept – Pemain penyerang dari Brazil Romarinho meledak voli apabila El Jaish dari Qatar mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara AFC buat pertama kali kelmarin.

Kemenangan 1-0 itu memberikan skuad Sabri Lamouchi kemenangan agregat 4-0 selepas AFC mengubah jaringan kemenangan 3-0 Al Nasr di Doha bulan lepas apabila didapati pemain bintang mereka Wanderley berdaftar di bawah pasport palsu Indonesia.

Wanderley telah menjaringkan dua gol buat pasukannya pada perlawanan pertama itu.

Keputusan AFC untuk menukar keputusan itu membuktikan satu tamparan hebat buat Al Nasr apabila mereka yang terpaksa akur dengan jaringan empat gol tanpa balas menentang El Jaish dalam harapan untuk mara ke empat pasukan terakhir.

Salah satu aksi pada perlawanan tersebut. - AFP
Salah satu aksi pada perlawanan tersebut. – AFP

Perkara itu memberi kesan buruk terhadap skuad Ivan Jovanovic dan jelas nampak pada bahasa badan mereka yang nampaknya tidak begitu semangat dan sukar dilihat melakukan sebarang serangan berbahaya dalam perlawanan itu.

Ledakan voli Romarinho tiba melalui hantaran jauh daripada Seydou Keita dalam minit ke-9 dan El-Jaish kini akan berdepan satu lagi pasukan dari UAE, Al Ain, dalam saingan separuh akhir.

Pemain dari Mali Keita mendapat bola dari sebelah padang El Jaish dan kemudian bergegas membawa bola dari kiri sebelum menghantar hantaran jauh buat Romarinho untuk meledak melepasi penjaga gawang Al Nasr Ahmed Shambih.

“Kami agak kurang tajam pada perlawanan sebelum ini namun keputusan majlis tatatertib AFC untuk mengubah keputusan memberikan kami peluang besar dan kami begitu manfaatkan kelebihan itu,” ujar Lamouchi. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA