EL Nino mungkin yang terbesar sejak 1950

EL Nino mungkin yang terbesar sejak 1950

GENEVA, 1 Sept (Reuters) – Fenomena cuaca El Nino pada masa ini dijangka akan memperkukuh sebelum akhir hujung tahun ini dan akan memuncak antara Oktober dan Januari, menurut Persatuan Meteorologi Dunia hari ini.

Pakar iklim mengatakan permukaan air di Lautan Pasifik timur-tengah sepertinya akan menjadi lebih hangat dua darjah Celsius daripada puratanya, berpotensi menjadikan El Nino ini yang paling kuat sejak 1950, berikutan peristiwa iklim serupa pada 1972-3, 1982-3 dan 1997-8.