El Nino rangsang pembiakan itik serati

El Nino rangsang pembiakan itik serati

IPOH, 4 Mei (Bernama) – Cuaca panas dan kering akibat fenomena El Nino yang melanda negara kini telah menjejaskan sektor pertanian dan perikanan, namun keadaan sebaliknya terjadi kepada penternak itik serati di sini.

Seorang penternak, Faizal Effendi Hashim, 36, berkata ternakan itik serati jenis ‘Muscovy’ atau itik daging yang diusahakannya di Parit sejak dua tahunlalu semakin menjadi-jadi ketika cuaca panas sekarang. “Tetapi berbeza dengan cuaca panas sekarang daripada 20 biji telur yang dikeluarkan, sebanyak 19 biji mampu menetas, hidup dan membesar,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

ARTIKEL YANG SAMA