El Nino tarikan jerung di pantai California

El Nino tarikan jerung di pantai California

LOS ANGELES, 1 Julai (AFP) – Bertembung dan melihat ikan jerung di sepanjang pantai California pada peringkat tertinggi dalam tempoh beberapa dekad, menurut para ahli sains merupakan amaran bahawa perairan yang lebih hangat bererti para pengunjung pantai akan mesti berwaspada dengan kehadiran pemangsa ini sepanjang musim panas.

Pertembungan terbaru yang hampir membawa maut berlaku lewat Mei lalu apabila seorang wanita berusia 52 tahun cedera teruk diserang ikan jerung berhampiran Los Angeles mengakibatkan pantai ditutup beberapa hari.

Chris Lowe, pengarah Makmal Ikan Jerung Long Beach, Universiti Negeri California berkata jerung putih dilihat lebih banyak tahun ini berbanding sebelumnya yang dilihat sebanyak 30 kali malah jerung kepala tukul telah dilihat di sepanjang pantai.

Menurutnya, corak cuaca El Nino dua tahun lalu telah mengakibatkan perairan hangat yang tidak selalu terjadi di timur Pasifik, bererti ikan-ikan jerng dan spesis lain tidak berhijrah dan bergerak lebih dekat ke pesisir.

Suhu tinggi perairan memberi kesan pada hidupan marin lain juga, dengan ikan paus, lumba-lumba, anjing laut dan singa laut semakin kerap dilihat di perairan.

Hidupan marin lain bukan asli juga dilaporkan termasuklah pari kola dan beratus-ratus ketam merah yang hanyut di pesisir di selatan California Mei lalu. Malah ikan lumba-lumba yang lazimnya ditemui di perairan tropika, dilihat di utara California tahun ini.

Lebih merisaukan ialah ular laut kuning yang begitu berbisa lazimnya ditemui di perairan tropika lautan Pasifik atau Hindi,yang beberapa ekor darinya telah hanyut di pesisir selatan California.

“Terdapat ikan paus tinggal di kawasan itu sepanjang tahun dan bukannya tiga bulan seperti kelazimannya,” kata Elliott Hazen, Pentadbiran Atmosfera dan Lautan Kebangsaan, dengan mengatakan mereka lazimnya berhijrah ke Alaska untuk makan dan turun ke perairan lebih hangat di perairan Mexico untuk membiak.

ARTIKEL YANG SAMA