El Nino tidak jejas bekalan air

El Nino tidak jejas bekalan air

SANDAKAN, 4 April (Bernama) – Fenomena El Nino tidak menjejaskan bekalan air bersih kepada pengguna di daerah ini dan Kinabatangan, kata Jurutera Air Bahagian Sandakan Jabatan Air Negeri Sabah Chong Kek Fui.

Menurut beliau dua daerah itu mempunyai dua sumber air yang menjadi punca utama bekalan air bersih iaitu dari Sungai Segaliud dan Sungai Kinabatangan.

Bekalan air kepada pengguna di dua daerah itu tidak akan terjejas disebabkan Sungai Kinabatangan tidak pernah surut biarpun pada musim kemarau, katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Chong berkata biarpun tiada masalah bekalan air bersih, pengguna harus mengelakkan pembaziran air dan berjimat cermat menggunakan air paip di premis mereka.

Menurutnya pihaknya akan memantau loji rawatan air yang terdapat di Segaliud dan Kinabatangan bagi memastikan sumber air berada pada paras yang baik.