El Shaarawy sertai AS Roma

El Shaarawy sertai AS Roma

MILAN, 27 Jan – Roma telah mengumumkan kedatangan penyerang AC Milan Stephan El Shaarawy secara pinjaman selama enam bulan yang bakal menyaksikan pemain antarabangsa Itali membuat perpindahan tetap, kelab Serie A mengumumkan kelmarin.

El Shaarawy meninggalkan San Siro Monaco musim panas lalu tetapi klausa dalam kontraknya mengkehendaki kelab liga Perancis memberikan perpindahan tetap untuk pemain berusia 23 tahun itu jika dia membuat 25 penampilan.

Selepas El Shaarawy bermain 24 kali untuk pasukan Principality, Monaco memilih untuk tidak membelinya, sekali gus menggembirakan ramai peminat Roma yang menyambut kedatangannya di Rom semalam dengan harapan beliau memberi nafas baru kepada kempen Roma yang dilanda masalah.

Dalam satu kenyataan, Roma berkata: “AS Roma gembira untuk mengumumkan pemeteraian perjanjian dengan Stephan El Shaarawy dari AC Milan.

“Penyerang Itali itu menyertai secara pinjaman sehingga 30 Jun 2016, dengan bayaran 1.4 juta euro. Perjanjian itu termasuk pilihan untuk membuat perjanjian kekal, dengan bayaran 13 juta euro sebelum permulaan musim 2016/17.”

El Shaarawy dijangka terus dimasukkan ke dalam barisan kesebelasan Luciano Spalletti selepas kelab menjual penyerang Ivory Coast Gervinho kepada kelab China, Hebei Fortune awal kelmarin.

“Saya menyertai Roma untuk menunjukkan apa yang boleh saya lakukan untuk diri sendiri, jurulatih dan permainan Itali secara keseluruhannya,” kata El Shaaraw memberitahu TV Roma.

“Saya berharap dapat membalas kepercayaan kelab kepada saya, jadi saya juga ingin memberikan 100 peratus apabila bermain untuk mencapai sesuatu yang hebat di sini.”

Roma di tangga kelima Serie A, 12 mata di belakang pendahulu Napoli menjelang aksi menentang pesaing serantau Frosinone, Sabtu ini. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA