El Shaarawy wira Roma

El Shaarawy wira Roma

MILAN, 28 Feb (AFP) – Stephan El Shaarawy meledak dua gol untuk membantu AS Roma kekal terus mengukuhkan kedudukan merebut tempat ke saingan Liga Juara-Juara musim depan dengan kemenangan 3-1 ke atas Empoli, malam tadi.

Kemenangan keenam berturut-turut itu sekali gus menyaksikan pasukan berkenaan naik ke tempat ketiga buat sementara dalam Serie A, tetapi ketinggalan lima mata di belakang pendahulu, Juventus.

“Kemenangan keenam berturut-turut ini adalah hasil daripada semangat juang tinggi semua pemain.

“Sekarang kami perlu menunggu untuk melihat apa yang akan berlaku kepada perlawanan antara Fiorentina dan Napoli,” kata El Shaarawy kepada Sky Sport selepas perlawanan.

Sementara itu, pada perlawanan lewat malam semalam menyaksikan AC Milan meraih kemenangan 1-0 ke atas Torino dengan jaringan tunggal dihasilkan Luca Antonelli pada penghujung babak pertama.

Aksi El Shaarawy dalam perlawanan AS Rome menentang Empoli. El Shaarawy meledak dua gol untuk membantu AS Roma terus kekal mengukuhkan kedudukan dengan kemenangan 3-1 ke atas Empoli. – AFP
Aksi El Shaarawy dalam perlawanan AS Rome menentang Empoli. El Shaarawy meledak dua gol untuk membantu AS Roma terus kekal mengukuhkan kedudukan dengan kemenangan 3-1 ke atas Empoli. – AFP

Keputusan itu membolehkan Milan mengumpul kemenangan keempat dalam lima perlawanan sekali gus meletakkan mereka di kedudukan keenam dalam liga. Jurulatih Milan, Sinisa Mihajlovic kini mengalih pandangannya terhadap Roma yang mempunyai kelebihan enam mata di tangga ketiga.

“Tiga perlawanan yang akan datang, kita akan dapat melihat jika kami mempunyai apa yang perlu untuk menamatkan saingan merebut tempat ketiga. Saya percaya kami mampu lakukan dan begitu juga dengan semua pemain,” katanya kepada Sky Sport.

“Apa yang penting mereka mempunyai sikap yang betul, semua orang bersedia untuk bekerja keras dan berjuang untuk meraih keputusan. Jika kami mahu melonjakkan nama di peringkat teratas, kita mesti terus seperti ini.”

ARTIKEL YANG SAMA