Elak cukai: F...

Elak cukai: Falcao, Coentrao disaman

MADRID, 17 Mei – Pendakwa raya Sepanyol kelmarin berkata mereka telah memfailkan tindakan undang-undang terhadap penyerang Colombia Radamel Falcao (atas) dan pertahanan Portugis Fabio Coentrao (bawah) kerana didakwa menyembunyikan pendapatan jutaan euro daripada lembaga hasil.

Pemain AS Monaco Falcao disyaki gagal mengisytiharkan pendapatan 5.6 juta euro (AS$ 6.1 juta) yang diperoleh daripada hak imej antara 2012 dan 2013 ketika bersama Atletico Madrid, pendakwa raya serantau Madrid berkata dalam satu kenyataan.

Coentrao yang bermain untuk Real Madrid pula dituduh menyembunyikan pendapatan hampir 1.3 juta euro yang diperoleh daripada hak-hak imejnya antara 2012 dan 2014, kata kenyataan itu.

Kedua-dua pemain disyaki menggunakan laman sesawang beberapa syarikat shell di Kepulauan British Virgin, Ireland, Colombia dan Panama untuk mengelakkan cukai ke atas pendapatan daripada hak imej mereka.

Sebuah Mahkamah Sepanyol tahun lalu mendapati penyerang Argentina Lionel Messi dan bapanya Jorge bersalah atas tiga tuduhan penipuan cukai menyebabkan hukuman 21 bulan penjara ke atas mereka digantung.

Mahkamah memutuskan Messi telah menipu lembaga hasil Sepanyol hampir 4.2 juta euro dari 2007 hingga 2009 dengan menggunakan laman sesawang syarikat shell untuk mengelak cukai pendapatan daripada hak imejnya.

Di bawah undang-undang Sepanyol, apa-apa hukuman di bawah dua tahun bagi jenayah bukan ganas jarang memerlukan defendan menjalani hukuman penjara tanpa sabitan terlebih dahulu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA