Elak terlibat jenayah

Elak terlibat jenayah

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 2 Ogos – Bagi menangani isu-isu jenayah dalam kalangan murid-murid, Pasukan Polis Diraja Brunei melalui Daerah Polis Tutong, kelmarin, meneruskan projek mereka untuk menyampaikan taklimat kesedaran jenayah di Sekolah Rendah (SR) Rambai, Tutong.

Seramai 64 orang murid Pra hingga Tahun 6 sekolah tersebut telah mendengarkan taklimat yang disampaikan oleh Kpl 5250 Mohd Fadillah bin Mohd Jaini.

Turut hadir ialah Guru Besar SR Rambai, Hajah Hasnita binti Haji Musa bersama guru-guru dan kakitangan sekolah tersebut.

Hadir bagi mewakili pegawai-pegawai Daerah Polis Tutong ialah Staf 2480 Mohd Azri bin Abdullah dan W/Cpl 4899 Noraziah binti Kuncil.

Gambar kenangan murid-murid dan guru Sekolah Rendah Rambai bersama Daerah Polis Tutong.
Gambar kenangan murid-murid dan guru Sekolah Rendah Rambai bersama Daerah Polis Tutong.

Selepas taklimat, acara turut menyaksikan penyampaian cenderahati oleh Staf 2480 Mohd Azri kepada guru besar SR Rambai.

Tujuan taklimat disampaikan adalah untuk memberikan maklumat dan ilmu kepada murid-murid mengenai jenayah dan bahayanya jenayah.

Melalui taklimat ini nanti, murid-murid juga akan mengenali jenis-jenis jenayah yang boleh mereka jauhi dan hindari yang mana perbuatan jenayah ini akan mengundang bahaya kepada kehidupan mereka dan orang lain.

ARTIKEL YANG SAMA