Elakkan kesilapan perang di Iraq

Elakkan kesilapan perang di Iraq

LONDON, 7 Sept – Menteri Luar Britain, Boris Johnson, hari ini menggesa kesilapan yang dilakukan ketika perang di Iraq agar dielakkan dalam usaha mencari penyelesaian kepada konflik di Syria, menjelang rundingan dengan pembangkang negara itu.

Johnson menuntut Presiden Bashar al-Assad digulingkan, berkata ia perlu bagi mengelakkan kekacauan yang menyusul penggulingan bekas Presiden Saddam Hussein pada 2003.

“Mengapa perkara sama tidak sepatutnya berlaku lagi?… Assad bukan pemimpin kuat tetapi ketua lemah yang tidak boleh menyatukan negaranya, tidak selepas beliau terbabit dalam pembunuhan rakyatnya,” tulis Johnson dalam akhbar The Times.

Johnson menuduh Assad melakukan taktik kejam tentera dalam konflik berterusan dan mengkritik sokongan Rusia terhadap pemimpin Syria berkenaan. – AFP