Elantra tampil lebih sportif

Elantra tampil lebih sportif

Oleh Pg Fairol RMF

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 April – Pengedar tunggal kereta Hyundai di sini, Setia Motors Sdn Bhd melancarkan model terbaru, Hyundai Elantra di bilik pamerannya di Beribi, hari ini.

Pelancarannya disempurnakan oleh Pengurus Besar Setia Motors, James Chin bersama rakan kongsi perbankan lainnya.

Elantra serba baru ini merupakan generasi keenam sedan kompak yang dipertingkatkan dari segi penjimatan minyak, keselesaan dan keselamatan. Dengan kuasa enjin 1.6 liter Multi-Point Injection (MPI) dan enam transmisi kelajuan yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 128 kuasa kuda, ia cukup hebat untuk pemandu yang inginkan kesederhanaan.

Selain itu, daya tarikannya juga terletak pada ruang yang agak besar dilengkapi dengan keluli mantap berdensiti tinggi, memberi ketenangan fikiran dalam aspek keselamatan, ditambah lagi dengan ciri-ciri keselamatan seperti Autonomous Emergency Braking (AEB), High Beam Assist (HBA), Pengesan titik buta (BSD), Bantuan Penukaran Jalan (LCA), dan Rear Cross Traffic Alert (RCTA) dan banyak lagi.

Haji Irwan (kiri)  bersama James Chin (kanan) menyempurnakan pelancaran Hyundai Elantra serba baru kelmarin pagi.
Haji Irwan (kiri) bersama James Chin (kanan) menyempurnakan pelancaran Hyundai Elantra serba baru kelmarin pagi.

Elantra baru ini juga lebih gah dari segi penampilannya, dengan elemen sportif dan moden terutamanya di bahagian bampar yang dilengkapi jeriji, lampu kabus dan lampu projector utama serta lampu LED.

Model yang pernah menerima pelbagai anugerah termasuk Kereta Terbaik Amerika Utara, Kereta Terbaik Afrika Selatan 2012 dan Kereta Terbaik Dalam Segmen Kereta Kompak Berkualiti 2014 ini juga didatangkan dengan pakej penjagaan kenderaan dari Supagard yang merupakan syarikat pakar dari UK yang menyediakan produk perkhidmatan penjagaan rangka kereta premium.

Kerjasama Setia Motors dan Supagard ini boleh didapati bagi mereka yang membuat penempahan awal Elantra sejurus pelancarannya.

Bagi mengetahui lebih lanjut model serba kompak ini, orang ramai dialu-alukan untuk menyaksikan dan menguji sendiri kehebatannya dengan mengunjungi Bilik Pameran Setia Motors Sdn Bhd pada waktu bekerja.

ARTIKEL YANG SAMA