Elemen keagamaan buka tirai Festival Hari Belia Kebangsaan 2015

Elemen keagamaan buka tirai Festival Hari Belia Kebangsaan 2015

Oleh Rashid Damit

Gambar oleh Faridah Ibrahim

 

BANDAR SERI BEGAWAN – Festival Hari Belia Kebangsaan anjuran Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sedang diadakan di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah,Berakas.

Festival Hari Belia telah membuka tirainya dengan acara Malam Cinta Allah dan Rasulullah SAW yang telah berjaya menarik ribuan belia bagi sama-sama hadir untuk menzahirkan rasa cinta kepada Allah dan Rasulullah melalui bacaan Al-Quran & Hadis, alunan qasidah dan selawat serta tazkirah.

Hadir di majlis tersebut ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman.

Acara tersebut menampilkan penceramah muda tempatan iaitu Haji Mohd Khairul Nazif bin Haji Damit yang antara lain mengajak belia agar sentiasa mengingati Allah dan mencintai junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW di dalam apa jua yang kita lakukan.

Menteri Pembangunan ketika hadir di majlis Malam Cinta Allah dan Rasulullah SAW.
Menteri Pembangunan ketika hadir di majlis Malam Cinta Allah dan Rasulullah SAW.
Acara tersebut dimeriahkan lagi dengan penampilan khas kumpulan Al-Mawlid yang bersama-sama mengalunkan qasidah secara beramai-ramai.
Acara tersebut dimeriahkan lagi dengan penampilan khas kumpulan Al-Mawlid yang bersama-sama mengalunkan qasidah secara beramai-ramai.

Majlis pada malam itu turut dimeriahkan lagi dengan penampilan khas dari Kumpulan Al Mawlid dengan ribuan belia turut sama mengalunkan qasidah secara beramai-ramai.

Malam Cinta Allah & Rasulullah SAW ini merupakan satu manifestasi belia dalam sama-sama menanai konsep negara zikir berteraskan falsafah negara, Melayu Islam Beraja.

Festival ini dibukakan bagi kunjungan orang ramai selama empat hari iaitu bermula dari 3 hingga 6 September 2015 bermula jam 10 pagi hingga 10 malam kecuali pada hari Jumaat, pada jam 2 petang hingga 10 malam.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai festival ini, sila hubungi pihak penganjur iaitu Battle Pro Marketing and Management Services di talian +6738823425 atau melalui laman Facebook mereka, Battle Pro Marketing & Management Services dan akaun Instagram BattleProMMS.

ARTIKEL YANG SAMA