Elenareva tampilkan fesyen konsep kontemporari

Elenareva tampilkan fesyen konsep kontemporari

Oleh Zanyra Dawoud

 

BERINSPIRASIKAN daripada karya lukisan Henri Rousseau menjadi pendorong kepada Elena Reva untuk menghasilkan koleksi busananya yang menakjubkan di mana ia merangkumi gaun, baju, seluar dan juga skirt.

Malah motif yang digunakan pada fabrik juga kelihatan sangat menarik dan cukup teliti di mana ia dihasilkan oleh seorang artis dari Ukraine, Anatoly Belov.

Tidak terkecuali jenama Elenareva tetap menampilkan koleksi fesyen pada gaya kontemporari yang cukup eksklusif dan mewah yang sesuai untuk digayakan wanita moden.

Pemilihan fabrik yang digunakan juga adalah terdiri daripada yang berkualiti tinggi seperti sutera, kashmir, chiffon dan sebagainya.

Setiap pasang pakaian yang diperagakan juga jelas memperlihatkan teknik jahitan yang dilakukan dengan penuh teliti sehingga wanita yang memperagakannya akan tampil dengan gaya yang sangat meyakinkan.

Keselesaan juga jelas menjadi ciri utama yang dititikberatkan pada busana yang sesuai untuk digayakan bagi menghadiri pelbagai majlis ini.

Secara keseluruhan, aspek feminin seorang wanita setentunya akan lebih terserlah dengan menggayakan koleksi istimewa daripada Elenareva.

ARTIKEL YANG SAMA